Saturday 5 January 2013

~MUSLIM 24 JAM~

"Kecintaan kepada Allah melingkupi hati,kecintaan ini membimbing hati dan bahkan merambah ke segala hal"
{Imam Ghazali}

Setelah beberapa bulan berpijak dibumi syam ini,kekadang membuatkan aku terpikir sejenak.Seorang yang bergelar manusia sering melakukan kesalahan samada ianya sengaja atau tidak namun Allah tetap balas dengan kebaikan kepada hambanya,,,,selama aku berada di bumi yang dikatekan disininya berlaku peperangan mu'tah yang mengakibatkan ramai mati syahid di jalan Allah,namun adakah kite berfikir untuk mati syahid??aku percaya ianya jauh skali sedangkan aku yang berada di sini pun belum bersedia untuk melakukan jihad yang besar seperti di bumi palestin dan syria,walaupun negara-negara tersebut berada bersebelahan ditempat aku menuntut ilmu sekarang.Semasa aku sedang bersiap sedia untuk berbuka puasa ,tetibe berbunyi nada dering handphone aku,dalam hati kate"ish!!kacau line betulah,aku baru nak masak ayam masak gulai resepi yang paling sedap apabila aku masak untuk ahli rumah".Rupa-rupanya ada usrah lepas maghrib.Di dalam perbincangan usrah kami mengenai satu tajuk yang membuatkan aku muhasabah pada diri aku ini,iaitu"Muslim 24 JAM".Apa yang dimaksudkan dengan muslim 24 JAM???adakah dengan seorang insan yang bernama muslim??menurut pandangan saya,ianya dimaksudkan dengan kehidupan seorang yang bergelar muslim,dari awal dia dihidupkan sehinggalah ditidurkan semula dipenuhi masa dengan beribadah kepada Allah.Bukan beribadah dengan solat dan zikir 24 jam,yang dimaksudkan aku segale pekerjaan dilakukan dengan kerana Allah.Aku merasakan diri ini banyak yang masih belum diperbaiki untuk menjadi muslim 24jam,kerana diri yang sering kalah dengan nafsu dunia yang menghanyutkan diri ini secare sedar atau tidak,oleh itu tidak perlulah untuk kite berfikir berjihad seperti mereka yang sedang menegakan kalimah kebenaran,yang kite perlu untuk melawan hawa nafsu yang sering dibelenggu diri ini.Bagaimana untuk kita menjadi muslim 24 jam??ilmu merupakan sumber utama untuk melakukan perubahan.Kalau dikatekan mengenai ilmu,memang banyak yang aku belum cari lagi,sedangkan kitab madkhal dan ulum quran belum lagi baca kulit ke kulit,belum masyi lagi.Dengan ilmu dapat mengukur keimanan kita kepada Allah yang dinamakan Muwasafat Tarbiah,ia bermaksud ukuran iman.Setiap hari kita perlu mengukur iman kita sejauh mana kite mengamalkan kehidupan kite dengan cara islam kerana ianya dapat mengelakkan diri terus dihanyutkan dengan dosa yang dilakukan secare tidak sedar.Diantara sifat yang dikatakan Muwasafat Tarbiah seperti di gambar rajah:


  Apabila kita banyak mencari ilmu serta mengamalkannya inshallah,maka wujud di dalam hati cinta kepada Allah.Ia dapat dikaitkan dengan kata -kata Imam Ghazali yang dia atas,jika kita mencintai Allah dari segala hal maka Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita dalam seluruh aspek inshallah,namun demikian aku tidak melepaskan peluang untuk mencari ilmu sebanyak mungkin di dalam pengembaraan ini selama 4 tahun di bumi syam ini,,semoga dengan imtihan yang dihadapi bukan sekadar grade semata-mata namun menjadikan diri lebih bertakwa dan taqarub,,sekian~~~~:)

~Kembara Mencari Redha Ilahi~

1 comment: