Monday, 21 January 2013

~INSPIRASI HATI~

"Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan ,semakin dititik oleh cabaran hidup ,semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup.Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai"
{Kata Pujangga}

Alhamdulillah,,selesai akhirnyee semester pertama aku sebagai pelajar ijazah tahun 1 takhasus usulfeqh di Universiti Mu'tah,Jordan.Sekarang perlu memperbanyakan persediaan untuk menghadapi sem 2 pula iaitu 4 subjek ulum hadith,sirah nabawi,bahasa arab 99 dan akidah islamiah [1],biar sedikit tetapi muaddal [pointer] tidak jatuh.Selama aku dalam beberapa bulan sehingga akhir untuk semester pertama nii,banyak yang aku pelajari dari pengalaman,dengan pengalamanlah yang boleh mematangkan lagi pemikiran kita sebagai mahasiswa.Benarlah apa yang dikatakan Allah dalam al-quran yang bermaksud Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Segala susur galur perjalanan kehidupan setiap manusia itu adalah samada cabaran,dugaan atau nikmat.Dengan cabaran atau nikmat juga mempunyai kejayaan atau kegagalan,semua itu ianya adalah perkara yang sering dikaitkan di dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah.Kejayaan atau kegagalan itu semua terletak pada diri kita sendiri,kekadang ada setengah manusia ia rajin belajar akhir natijahnye biasa,ada juga pelajar yang rajin akhirnya pun berjaya dan ada juga pelajar yang tidak rajin belajar tetapi dia mendapat natijah yang memberangsangkan.Semua perkara ini selalu terjadi di dalam suasana belajar,tapi jangan jadikan pelajar yang cemerlang tersebut itu adalah salah satu nikmat yang diberikan,kekadang lepas dengan mendapat natijah yang cemerlang ianya akan lupa siapa yang berikan semua itu,Adakah kita bole katekan ianya nikmat???jadi sebenarnya kegagalan atau kejayaan itu semuanya daripada Allah,tetapi ingat kalau kita berjaya akhirnya apa yang kita belajar lupa ianya sesuatu yang tidak bermakna bukan??Tetapi apabila aku menempuhi kegagalan,aku menjadikan ayah dan mak sebagai semangat untuk meneruskan kerjaya di dalam kehidupan.Doakan kejayaanku disini mak & ayah,

Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu
Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu
Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu
Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju

Lagu nii lah yang sering aku dengar,ianye banyak kata-kata tersirat yang terkandung di dalamnya,emak & abah doakan along berjaye di sini,along teringin hendak belajar sampai Phd seperti abah,,inshallah alon akan cber sedaya upaya aminnn,,,,

[2012-2015] bachelor of syariah at University Mu'tah,Jordan
[2015-2017]master of syariah at University of Madinah

inshallah mudah-mudahan Allah beri jalan kepada aku untuk mencapai kerjayaku inshallah,,manusia hnye mamapu merancang tapi Allah sebaaik-baik perancangan,,,sekian wasalam

No comments:

Post a Comment