Monday, 21 January 2013

~BUMI MU'TAH YANG MEMUTIH~

"Sesunguhnya dunia ini cantik ,subur menghijau, dan sesungguhnya menjadikan kamu [wahai manusia]selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya"
{Imam At-Tirmizi}

Ya Allah indah sungguh cipta Nya apabila di bumi Syam yang dikenali Mu'tah tetiba apabila aku bangun dari tdur untuk menunaikan solat subuh,aku melihat di luar tingkap rumah dikelilingi salji yang berwarna putih,ia membuatkan aku gembira yang teramat sangat,aku percaya saat-saat ini kejadian yang membuatkan seluruh pelajar tahun 1 mu'tah tunggu,apabila ianya muncul semua post macam- macam di 'facebook'.Aku bersam kawan aku apa lagi terus main salji di luar rumah dengan keadaan suhu mencecah -2 serta salji yang masih turun dengan lebat akibat hati yang tidak sabar untuk bermai.Pada masa itu,otak nii sudah tidak memikir subjek yang masih belum periksa lagi iaitu ulum askari dan ulum quran,lagi-lagi pengurusan universiti mengeluarkan kenyataan bahawa peperiksaan ditunda.



 


inilah dia antara karenah-karenah yang dilakukan semasa salji,adq banyak lagi cuma  huhuhu,,,semasa salji bagi aku ia adalah salah satuujian yang Allah berikan,kekadang ia membuatkan aku terfikir,betapa beratnya dugaan ini yang perlu aku tempuhi.Ianya berlaku semasa fatrah peperiksaan akhir,dan amat mencabar bagiku untuk mengulang kaji di saat ini,dengan suhu -2 darjah celsius,terpaksa berada di dalam selimut yang amat tebal{hirom},cabaran untuk melakukan ibadah amat-amatlah mencabar dengan mengambil wudhuk,aku sanggup menjaga wudhuk dari zohor sampai insyak,,itulah pengalaman yang dirasai semasa musim salji{syita"},marilah kita sama melihat keindahan Allah:-

~INSPIRASI HATI~

"Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan ,semakin dititik oleh cabaran hidup ,semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup.Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai"
{Kata Pujangga}

Alhamdulillah,,selesai akhirnyee semester pertama aku sebagai pelajar ijazah tahun 1 takhasus usulfeqh di Universiti Mu'tah,Jordan.Sekarang perlu memperbanyakan persediaan untuk menghadapi sem 2 pula iaitu 4 subjek ulum hadith,sirah nabawi,bahasa arab 99 dan akidah islamiah [1],biar sedikit tetapi muaddal [pointer] tidak jatuh.Selama aku dalam beberapa bulan sehingga akhir untuk semester pertama nii,banyak yang aku pelajari dari pengalaman,dengan pengalamanlah yang boleh mematangkan lagi pemikiran kita sebagai mahasiswa.Benarlah apa yang dikatakan Allah dalam al-quran yang bermaksud Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Segala susur galur perjalanan kehidupan setiap manusia itu adalah samada cabaran,dugaan atau nikmat.Dengan cabaran atau nikmat juga mempunyai kejayaan atau kegagalan,semua itu ianya adalah perkara yang sering dikaitkan di dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah.Kejayaan atau kegagalan itu semua terletak pada diri kita sendiri,kekadang ada setengah manusia ia rajin belajar akhir natijahnye biasa,ada juga pelajar yang rajin akhirnya pun berjaya dan ada juga pelajar yang tidak rajin belajar tetapi dia mendapat natijah yang memberangsangkan.Semua perkara ini selalu terjadi di dalam suasana belajar,tapi jangan jadikan pelajar yang cemerlang tersebut itu adalah salah satu nikmat yang diberikan,kekadang lepas dengan mendapat natijah yang cemerlang ianya akan lupa siapa yang berikan semua itu,Adakah kita bole katekan ianya nikmat???jadi sebenarnya kegagalan atau kejayaan itu semuanya daripada Allah,tetapi ingat kalau kita berjaya akhirnya apa yang kita belajar lupa ianya sesuatu yang tidak bermakna bukan??Tetapi apabila aku menempuhi kegagalan,aku menjadikan ayah dan mak sebagai semangat untuk meneruskan kerjaya di dalam kehidupan.Doakan kejayaanku disini mak & ayah,

Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu
Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu
Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu
Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju

Lagu nii lah yang sering aku dengar,ianye banyak kata-kata tersirat yang terkandung di dalamnya,emak & abah doakan along berjaye di sini,along teringin hendak belajar sampai Phd seperti abah,,inshallah alon akan cber sedaya upaya aminnn,,,,

[2012-2015] bachelor of syariah at University Mu'tah,Jordan
[2015-2017]master of syariah at University of Madinah

inshallah mudah-mudahan Allah beri jalan kepada aku untuk mencapai kerjayaku inshallah,,manusia hnye mamapu merancang tapi Allah sebaaik-baik perancangan,,,sekian wasalam

Saturday, 5 January 2013

~MUSLIM 24 JAM~

"Kecintaan kepada Allah melingkupi hati,kecintaan ini membimbing hati dan bahkan merambah ke segala hal"
{Imam Ghazali}

Setelah beberapa bulan berpijak dibumi syam ini,kekadang membuatkan aku terpikir sejenak.Seorang yang bergelar manusia sering melakukan kesalahan samada ianya sengaja atau tidak namun Allah tetap balas dengan kebaikan kepada hambanya,,,,selama aku berada di bumi yang dikatekan disininya berlaku peperangan mu'tah yang mengakibatkan ramai mati syahid di jalan Allah,namun adakah kite berfikir untuk mati syahid??aku percaya ianya jauh skali sedangkan aku yang berada di sini pun belum bersedia untuk melakukan jihad yang besar seperti di bumi palestin dan syria,walaupun negara-negara tersebut berada bersebelahan ditempat aku menuntut ilmu sekarang.Semasa aku sedang bersiap sedia untuk berbuka puasa ,tetibe berbunyi nada dering handphone aku,dalam hati kate"ish!!kacau line betulah,aku baru nak masak ayam masak gulai resepi yang paling sedap apabila aku masak untuk ahli rumah".Rupa-rupanya ada usrah lepas maghrib.Di dalam perbincangan usrah kami mengenai satu tajuk yang membuatkan aku muhasabah pada diri aku ini,iaitu"Muslim 24 JAM".Apa yang dimaksudkan dengan muslim 24 JAM???adakah dengan seorang insan yang bernama muslim??menurut pandangan saya,ianya dimaksudkan dengan kehidupan seorang yang bergelar muslim,dari awal dia dihidupkan sehinggalah ditidurkan semula dipenuhi masa dengan beribadah kepada Allah.Bukan beribadah dengan solat dan zikir 24 jam,yang dimaksudkan aku segale pekerjaan dilakukan dengan kerana Allah.Aku merasakan diri ini banyak yang masih belum diperbaiki untuk menjadi muslim 24jam,kerana diri yang sering kalah dengan nafsu dunia yang menghanyutkan diri ini secare sedar atau tidak,oleh itu tidak perlulah untuk kite berfikir berjihad seperti mereka yang sedang menegakan kalimah kebenaran,yang kite perlu untuk melawan hawa nafsu yang sering dibelenggu diri ini.Bagaimana untuk kita menjadi muslim 24 jam??ilmu merupakan sumber utama untuk melakukan perubahan.Kalau dikatekan mengenai ilmu,memang banyak yang aku belum cari lagi,sedangkan kitab madkhal dan ulum quran belum lagi baca kulit ke kulit,belum masyi lagi.Dengan ilmu dapat mengukur keimanan kita kepada Allah yang dinamakan Muwasafat Tarbiah,ia bermaksud ukuran iman.Setiap hari kita perlu mengukur iman kita sejauh mana kite mengamalkan kehidupan kite dengan cara islam kerana ianya dapat mengelakkan diri terus dihanyutkan dengan dosa yang dilakukan secare tidak sedar.Diantara sifat yang dikatakan Muwasafat Tarbiah seperti di gambar rajah:


  Apabila kita banyak mencari ilmu serta mengamalkannya inshallah,maka wujud di dalam hati cinta kepada Allah.Ia dapat dikaitkan dengan kata -kata Imam Ghazali yang dia atas,jika kita mencintai Allah dari segala hal maka Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita dalam seluruh aspek inshallah,namun demikian aku tidak melepaskan peluang untuk mencari ilmu sebanyak mungkin di dalam pengembaraan ini selama 4 tahun di bumi syam ini,,semoga dengan imtihan yang dihadapi bukan sekadar grade semata-mata namun menjadikan diri lebih bertakwa dan taqarub,,sekian~~~~:)

~Kembara Mencari Redha Ilahi~

Saturday, 22 December 2012

~MEDAN PERJUANGAN~

"Ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan,sinar penglihatan daripada kezaliman 
dan tenaga badan daripada kelemahan" 
{Imam Ghazali}

Secare tidak sedar aku da nk menghabiskn sem petama di universiti mu'tah ini dan smkin hampir imtihan nihaie"akhir".Tak sngka juga aku bersama sahabat aku sudah hampir 5 bulan meninggal orang tersayang di tanah malaysia.Inilah yang dikatekan berjihad untuk mencari ilmu dan redha ilahi kan???Tak semudah itu untuk mendapat ilmu kalau kita yang tidak berhijrah untuk mendapatkanye,sedangkan para-para sahabat pada zaman nabi,tabi' tabiin sendri,mereka berhijrah ke satu tempat ke tempat yang lain semata-mata untuk mencari ilmu sehinggakan usha mereka dapat sampainye ilmu itu kepada kita.Itulah hasilnye,mereka mencari dengan susah payah tapi yang dapat hasilnye itu adalah kita,adakah kita pernah menghargai mereka??dengan menyampaikannye atau mengamalkanye dalam kehidupan seharian kite??selama aku berada di bumi syam ini,banyak duri-duri yang aku lalui satu persatu yang mengajar aku untuk melakukan perkara secara tepat dengan berfikiran rasional.Pada awal aku dengan sahabat aku menjejakkan kaki di bumi yang dikatekan tempat para-para sahabat rasulullah laluinya untuk menyampaikan ilmu iaitu bumi syam,ianya bukan satu perancangan kepada aku untuk meneruskan dalam bidang syariah yang lebih diketahui "Ilmu Usul Feqh"di Universiti Mu'tah,Jordan.Benarlah apa yang dikatekan Allah manusia ini hanya mampu merancang tetapi Allah adlah sebaik-baik perancangan untuk umatnye.Walauapapun aku berterima kasih kepada ayah dan emak kerana tanpa mereka mungkin tidak berada di sini atau mungkin masih berada di Maahad Johor untuk menghadapi peperiksaan STAM pada tahun ini.Selama aku berada di sini,memang banyak halangan untuk tumpu kepada visi dan misi aku ke sini iaitu tempat tinggal.Mesti pelikkan??tempat tinggal pn ada masalah??memang pun tempat yang pertama itu jauh dengan pekan dan bole dikatekan jauh jugak dengan jamiah,tapi alhamdulillah sekarang da tinggal di medan perjuangan selama 4 tahun di jordan sebagai pelajar ijazah fakulti syariah takahsus usul feqh,di dalam bilik ini tempat aku menulis ,belajar dan berfacebook.












inilah bujanglah katekan,,,,kalo dah berkahwin lain skit biliknye nanti,,,,,,inshallah jatuh dan bangun aku di bilik ini selama 4 tahun di sini.Ha!!Aku teringat selalu saya bace yang pernah adik aku nur fatiha berikan kepada aku semasa di Lapangan Terbang[KLIA],,kata-katanye membuatkan aku bertambah semangat untuk tidak mensia-siakan harapan mereka,banyak lagi yang aku kene lakukan setelah balik malaysia dengan adik-adik aku nanti inshallah,,Aku suaka untuk kongsikan kata-kata hikmah yang diatas bahawa ilmu yang melambangkan personiliti seseorang seperti kata-kata imam ghazali "ilmu ibarat imam dan amal ibarat makmumnya",,sekian~~


Monday, 17 December 2012

~HATI YANG BERPAUT~


"Ukhwah itu bukan letaknya pada manisnya ucapan dibibir atau pada indahnya sebuah pertemuan, tetapi dalam ingatan seseorang kepada temannya dalam doanya"
{Imam Ghazali}

Alhamdulillah siap juga "My Blogger"....Timer kasih Aslim Taslam[nama fb] adalah sedikit semangat untuk terus meneruskan visi dan misi iaitu novel " IMPIAN DUA LANGKAH".Tajuk novel ini bukan idea daripada saya sebenarnya tetapi daripada seorang abang yang sekarang sedang melanjutkan pengajiannya di mesir dalam bidang usul feqh.Apa yang dikatekan dengan impian dua langkah?setiap manusia mempunyai impian hatta seorang kanak-kanak,bayi sndri pun mempunyai cita-cita dan impiannya tersendri meskipun ianya tidak msuk akal .btol tk??ke macam mner?dalam kita hendak mencapai impian tersebut semua itu memerlukan starategik seseorang untuk bagaimana ianya menjadi sebuah kenataan bukan??seperti saya sendri ada impian salah satunya,mengarang sebuah novel,saya ini bukana pandai menulis cume saya ingin mencuba inshallah,,,,,kekadang dengan ujian yang Allah membuatkan kita lemah sehingga timbulnya sikap putus asa btul @ tidak?memang saya sendri kekadang merasai juga tetapi dengan nila ukhuwah yang saya kenal di bumi syam ini sangat memberi semangat untuk saya teruskan meskipun menghadapi masalah @ ujian  yang dihadapi seperti kata imam ghazali yang diatas, ukhuwah@ sahabat sejati ini tidak perlu untuk melafazkannya "ana nak jadi kawan baik anta ye?",ucapan memang mudah untuk berkata-kata tetapi hati yang bernilai sejauh mana yang diucapkannya tersebut.Bagi pengalaman yang saya pernah alami sendri,ianya tidak berkekalan untuk selamanya dalam kehidupan ,ukhwah ini dapat dirasai sendri di dalam hati mereka.Sebuah sajak yang dicipta sendri mengenai insan yang bergelar sahabat:

WAHAI SAHABAT,
DENGAN SIKAP KASIH SAYANG YANG ENGKAU BUKTIKAN,
DENGAN TAFAHUM YANG ENGKAU TUNJUKKAN,
DENGAN SIKAP TAKAFUL YANG ENGKAU PAMERKAN,
DENGAN ITULAH UKHUWAH DAPAT DITUJU.

WAHAI SAHABAT,
TEGURANMU TELAH MEMBUKTIKAN SIKAP KASIH SAYANGMU,
SIKAP TAA'UN YANG ENGKAU LAKUKAN DAPAT MERINGANKAN BEBANANKU,
PERSEFAHAMAN MENGERATKAN LAGI PERSAUDARAAN,
MAKA TERBENTUKLAH SEBUAH PERTEMUAN YANG DIREDHAINYA.


Dipetik dari sebuah kalam nabi s.a.w:Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud , diumpamakan rakan yang soleh dengan rakan yang jahat ialah seperti [berkawan] dengan penjual minyak minyak wangi peniup dapur tukang besi.Penjual minyak wangi mungkin akan memberikan kamu atau kamu akan membeli daripadanya atau kamu akan mendapat aroma harum daripadanya.Tetapi peniup dapur tukang besi ,mungkin akan membakar pakaian kamu atau kamu akan mencium bau yang tidak sedap daripadanya.

#Tautan Hati {Impian Dua Langkah}#